Assalamualaikum

Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.
Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.
Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku-buku atau naskah Al-quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.
Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.
Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.

Terima kasih


Wednesday, 10 August 2011

Wakaf Al-Quran Braille



Alhamdulillah, pada 1 ogos 2011 yang bersamaan dengan hari pertama ramadhan, Mangievera Unique Enterprise telah pun memulakan usaha mencari penaja untuk wakaf Al-Quran Braille.

Sehingga Jumaat 05/08/2011, Mangievera Unique Enterprise telah berjaya mengumpul dana yang mencukupi untuk mewakafkan 10 Set Al-Quran Braille hasil sumbangan guru-guru sekitar kawasan Bagan Datoh, Perak.

InsyaAllah, Mangievera Unique Enterprise akan berusaha lebih gigih untuk menambah jumlah Al-Quran Braille untuk program ini.

Usahasama dengan Persatuan Braille Malaysia

Salam.

Alhamdulillah, kini Mangievera Unique Enterprise melangkah setapak lagi kehadapan dengan menjalinkan usahasama dengan  Persatuan Braille Malaysia untuk mencari dana bagi menghasil dan seterusnya mewakafkan AL-QURAN BRAILLE kepada OKU penglihatan seluruh Malaysia.

Persatuan Braille Malaysia ( No. Pendaftaran 1757 ) yang beralamat di No. 134C, Jalan 1/50A, Gombak Batu Tiga, 53000, Kuala Lumpur, kini memerlukan lebih kurang 13,000 set AL-QURAN BRAILLE untuk diagihkan kepada OKU penglihatan yang memerlukan.

Melalui kerjasama ini, Mangievera Unique Enterprise akan turun padang bertemu orang ramai bagi mencari penaja atau penyumbang untuk mewakafkan Al-Quran Braille ini. Mangievera Unique Enterprise menggunakan kaedah jualan wakaf iaitu menjual kepada individu, dan seterusnya individu tersebut menyerahkan semula kepada Persatuan Braille untuk diwakafkan kepada OKU yang memerlukan Al-Quran tersebut.

Semoga usaha kami yang tidak seberapa ini dapat membantu sedikit sebanyak keperluan Persatuan Braille Malaysia untuk menghasil dan mengagihkan Al-Quran Braille ini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini, atau ingin menaja Al-Quran Braille bolehlah menghubungi Mangievera Unique Enterprise di talian 012-919 2636

Update sehingga 08/07/2011

Salam,
Berikut adalah senarai sekolah yang menerima agihan wakaf buku terjemahan hadis dari 22/ 7/ 2011 hingga 8/ 7/ 2011:

1. S.A.B.K Al- Yahyawiah, Padang Rengas
2. S.K Sultan Abdullah, Changkat Jering
3. S.K Dato' Panglima Bukit Gantang, Changkat Jering
4. S.K Sungai Lampam, Chikus
5. S.M.K Sungai Manik, Teluk Intan
6. Maahad Al-Islah, Teluk Intan
7. S.K Chikus, Langkap

Thursday, 21 July 2011

Update sehingga 20 Julai 2011

Alhamdulillah, walaupun berdepan dengan beberapa masalah yang kadang-kadang membuatkan perjalanan program ini terhenti beberapa ketika, sehingga ke hari ini lebih dari 50 buah sekolah/institusi di sekitar negeri Perak yang telah menerima sumbangan wakaf Buku Terjemahan hadis.

Berikut adalah senarai sekolah yang menerima buku dari 5 Mei 2011 hingga 20 Julai 2011:

1. S.K Pulau Padang, Bota
2. Tabika Islam Kawasan Parit
3. S.K Changkat Banjar, Parit
4. S.K Parit
5. S.A.B.K Maahad Al-Aziz, Parit
6. S.M.K Sultan Muhammad Shah, Parit
7. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat AdDin 2, Parit
8. S.K Layang-Layang Kanan, Parit
9. S.M.K Seri Iskandar, Bota
10. S.M.K Sultan Tajul Ariffin, Manong
11. S.M.K Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak
12. S.M.A Maahad Al-Mizan, Manong
13. S.K Pengkalan Ara, Chenderong Balai
14. S.K Pekan Rabu, Teluk Intan
15. S.K Lekir, Sitiawan
16. Maahad Islahiah Addiniah, Sitiawan
17. S.K Sg. Tiram, Sitiawan
18. S.M.K Sultan Abdullah, Chenderong Balai
19. S.K Kg Baharu, Langkap
20. S.K Ayer Kuning, Kampar
21. S.M.K Air Kuning, Mambang Di Awan
22. S.K Sungai Lesong, Mambang Di Awan
23. S.K Degong, Langkap
24. S.M.K Dato' Sagor, Langkap
25. S.K Padang Gajah, Trong
26. S.M.K Tat Beng, Trong
27. S.K Sg. Tinggi, Trong
28. S.K Permatang Raja, Pantai Remis
29. S.A.B.K Maahad Al- Tarbiah Al- Islamiah, Batu 8
30. S.A.B.K Maahad Al- Maarif Al-Islamiah, Batu 9
31. S.K Temelok, Trong
32. S.K Toh Johan, Trong
33. S.K Jelutong, Changkat Jering
34. S.M Addiniah Jelutong, Changkat Jering
35. S.M.K Dato' Wan Ahmad Rasdi, Changkat Jering
36. S.K Bendang Siam, Changkat Jering
37. S.M.K Tengku Menteri, Changkat Jering
38. S.M.K Pengkalan Aur, Changkat Jering

Friday, 29 April 2011

Update sehingga 28 April 2011

Salam.
Berikut adalah senarai sekolah yang telah menerima sumbangan wakaf buku Terjenahan Hadis dari 08 April 2011 hingga 28 April 2011:

1. Sek. Keb. Dato Sagor
2. Sek. Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Ehyak Diniah Islamiah
3. Sek. Men. Keb. Dato' Seri Maharajalela
4. Sek. Keb. Pasir Panjang Ulu
5. Sek. Keb. Lambor Kanan
6. Sek. Men. Keb. Sultan Muzafar Shah1
7. Sek. Keb. Padang Changkat
8. Sek. Keb. Bota Kanan
9. Sek. Keb. Titi Gantong
10. Sek. Keb. Pulau Tiga Kiri
11. Sek. Keb. Pasir kubu
12. Sek. Keb. Lambor Kiri
13. Sek. Men. Keb. Lambor Kiri
14. Sek. Keb. Bakong
15. Sek. Men. Keb. Dato' Abdul Rahman Yaakub
16. Sek. Keb. Serikaya
17.Sek. Keb. Telok Kepayang

Alhamdulillah,dengan sokongan dan kerjasama mereka-mereka yang bermurah hati menderma untuk menjayakan program wakaf buku yang diusahakan oleh Mangievera Unique Enterprise, sekolah-sekolah di atas dapat menerima Buku Terjemahan Hadis yang diwakafkan kepada mereka.
Semoga Buku tersebut memberi manfaat kepada warga sekolah-sekolah tersebut dan semoga sumbangan para penderma diterima oleh Allah S.W.T. Amin...