Assalamualaikum

Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.
Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.
Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku-buku atau naskah Al-quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.
Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.
Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.

Terima kasih


Friday 29 April 2011

Update sehingga 28 April 2011

Salam.
Berikut adalah senarai sekolah yang telah menerima sumbangan wakaf buku Terjenahan Hadis dari 08 April 2011 hingga 28 April 2011:

1. Sek. Keb. Dato Sagor
2. Sek. Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Ehyak Diniah Islamiah
3. Sek. Men. Keb. Dato' Seri Maharajalela
4. Sek. Keb. Pasir Panjang Ulu
5. Sek. Keb. Lambor Kanan
6. Sek. Men. Keb. Sultan Muzafar Shah1
7. Sek. Keb. Padang Changkat
8. Sek. Keb. Bota Kanan
9. Sek. Keb. Titi Gantong
10. Sek. Keb. Pulau Tiga Kiri
11. Sek. Keb. Pasir kubu
12. Sek. Keb. Lambor Kiri
13. Sek. Men. Keb. Lambor Kiri
14. Sek. Keb. Bakong
15. Sek. Men. Keb. Dato' Abdul Rahman Yaakub
16. Sek. Keb. Serikaya
17.Sek. Keb. Telok Kepayang

Alhamdulillah,dengan sokongan dan kerjasama mereka-mereka yang bermurah hati menderma untuk menjayakan program wakaf buku yang diusahakan oleh Mangievera Unique Enterprise, sekolah-sekolah di atas dapat menerima Buku Terjemahan Hadis yang diwakafkan kepada mereka.
Semoga Buku tersebut memberi manfaat kepada warga sekolah-sekolah tersebut dan semoga sumbangan para penderma diterima oleh Allah S.W.T. Amin...

No comments:

Post a Comment