Assalamualaikum

Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.
Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.
Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku-buku atau naskah Al-quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.
Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.
Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.

Terima kasih


Thursday 7 April 2011

Update terkini - 7 April 2011

Salam..

Hingga setakat ini iaitu 07 April 2011:
 Jumlah sumbangan yang diterima adalah bersamaan dengan 10 naskah Terjemahan Hadis Shahih Bukhari dan 3 naskah Terjemahan Hadis Shahih Muslim.

Sumbangan diterima dari:
1. Guru-guru dan kakitangan SMK Changkat Lada.
2. Guru-guru dan kakitangan SK Seberang Perak
3. Guru-guru dan kakitangan SK Seberang Perak 3
4. Guru-guru dan kakitangan SK Seri Cempaka
5. Guru-guru dan kakitangan MRSM Pasir Salak
6. Puan Umi Sawiyah Binti Udaman@Ali

Jumlah yang telah diwakafkan:
1. Maahad Tahfiz Dar Al-Abrar, Sri Manjung, Perak.
     2 naskah Shahih Bukhari, 1 naskah Shahih Muslim
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Lada
     1 naskah Shahih Bukhari, 1 naskah Shahih Muslim
3. Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka
     1 naskah Shahih Bukhari
4. MRSM Pasir Salak
     2 naskah Shahih Bukhari

Baki sebanyak 4 naskah Shahih Bukhari dan 1 naskah Shahih Muslim akan diwakafkan kemudian.

Harap Maklum

No comments:

Post a Comment