Salam.
Alhamdulillah, kini Mangievera Unique Enterprise melangkah setapak lagi kehadapan dengan menjalinkan usahasama dengan Persatuan Braille Malaysia untuk mencari dana bagi menghasil dan seterusnya mewakafkan AL-QURAN BRAILLE kepada OKU penglihatan seluruh Malaysia.
Persatuan Braille Malaysia ( No. Pendaftaran 1757 ) yang beralamat di No. 134C, Jalan 1/50A, Gombak Batu Tiga, 53000, Kuala Lumpur, kini memerlukan lebih kurang 13,000 set AL-QURAN BRAILLE untuk diagihkan kepada OKU penglihatan yang memerlukan.
Melalui kerjasama ini, Mangievera Unique Enterprise akan turun padang bertemu orang ramai bagi mencari penaja atau penyumbang untuk mewakafkan Al-Quran Braille ini. Mangievera Unique Enterprise menggunakan kaedah jualan wakaf iaitu menjual kepada individu, dan seterusnya individu tersebut menyerahkan semula kepada Persatuan Braille untuk diwakafkan kepada OKU yang memerlukan Al-Quran tersebut.
Semoga usaha kami yang tidak seberapa ini dapat membantu sedikit sebanyak keperluan Persatuan Braille Malaysia untuk menghasil dan mengagihkan Al-Quran Braille ini.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini, atau ingin menaja Al-Quran Braille bolehlah menghubungi Mangievera Unique Enterprise di talian 012-919 2636
Assalamualaikum
Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.
Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.
Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku-buku atau naskah Al-quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.
Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.
Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.
Terima kasih

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment