Assalamualaikum

Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.
Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.
Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku-buku atau naskah Al-quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.
Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.
Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.

Terima kasih


Sunday 26 February 2012

Penyerahan Wakaf Buku Kepada Rumah Amal Haruman Kasih



 Bismillahirrahmanirrahim....

Syukur Alhamdulillah set pertama Ensiklopedia Informatif Dunia Islam telah diwakafkan kepada Rumah Amal Haruman Kasih, Ayer Tawar Perak. Rumah Amal Haruman Kasih ini menempatkan lebih 20 orang anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin.

Beikut adalah senarai pewakaf 1 set Ensiklopedia ini :

1. Harlina bt Haris, 2. Anizah bt Yusof, 3. Guru & Kakitangan SK Methodist ( ACS ) Lumut, 4. Faridah bt Mohamad, 5. Irni Muzanda Osman, 6. Nurul Shuhadah M. Nasir, 7. Hj Hassan Aghare b Hj Mohd Nor, 8. Hjh Jamilah bt Mat Akhir, 9. Hj Mohd Nor b Hj Mokhtar, 10. Hjh Salamiah bt Hj Basri, 11. Noorul Amilin bt Omar, 12. Aida Zarina bt Zafri Ali, 13. Norsyahida bt Ahmad Ramli, 14. Normazlan b Md Raja, 15. Norlaila bt Ismail, 16. Zarihan bt Ghazali, 17. Salawati bt Mohamed Shukor, 18. Allahyarham Abd Karim b Pandak Abdullah, 19. Allahyarhamah Fatimah bt Mat Din, 20. Ismail b Abd Karim, 21. Allahyarham Zainal Abidin b Hj Ali, 22. Allahyarhamah Sapiah bt Saudin, 23. Nor Azlita bt Abdullah @ Ghazali, 24. Norashikin Osman, 25. Madiina bt Muhamad, 26. Hamidah bt Hamid, 27. Nurshuhada bt Abd Samad, 28. Murtakiah bt Hj Abd Kadir, 29. Allahyarham Hj Abd Kadir b Hj Salleh, 30. Allahyarhamah Hjh Marsonah bt Mokmin, 31. Muzaini bt Muhamad, 32. Zakaria b Abdul Rahman, 33. Hamimah bt Suar, 34. Rosaini bt Ismail, 35. Siti Hajjar bt Mat Zain, 36. Rasidah bt Abd Wahab, 37. Md. Syahidi b Awang, 38. Norashikin bt Hj Ahmad, 39. Guru & Kakitangan SK Seri Samudera, 40. Hamba Allah, 41. Faizah, 42. Rosni, 43. Siti Mariam Abdul Kudus, 44. Daniel Farid b Faizal, 45. Zainal Hisham b Zainal Abidin, 46. Marzuki b Mohd Saman, 47. Shahidan b Ahmad, 48. Shamiza bt Saad, 49. Faiza bt Ahmad Phuat, 50. Allahyarham Kamarudin b Pillay, 51. Allahyarhamah Sabaah bt Hj Yahya, 52. Mohd Hairy b Mohd Changgong, 53. Rohazizah.

Terima kasih dan semoga Allah menerima amal jariah mereka semua, amin....

No comments:

Post a Comment