Assalamualaikum

Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.
Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.
Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku-buku atau naskah Al-quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.
Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.
Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.

Terima kasih


Sunday, 26 February 2012

Program Wakaf Terbaru - Wakaf Buku Untuk Maahad Tahfiz dan Rumah Anak Yatim





Tajuk Buku: Ensiklopedia Informatif Dunia Islam ( 10 Jilid )

Assalamualaikum warahmatullah..
Tuan-Tuan dan Puan- Puan yang dirahmati Allah sekelian dijemput untuk menyertai PROGRAM WAKAF BUKU  yang kami anjurkan ini.
PROGRAM WAKAF BUKU ini kami anjurkan kerana:
·         Kurangnya bahan-bahan bacaan ilmiah bermutu untuk bacaan pelajar-pelajar tahfiz atau penghuni rumah anak yatim.
·         Majoriti Maahad Tahfiz dan Rumah Anak Yatim, tidak mampu membeli sendiri buku-buku seperti ini.
·         Memberi peluang kepada orang ramai membuat amal jariah
Kami menyediakan 3 pilihan bayaran kepada anda untuk menyertai program wakaf ini:
1.      RM 700 – Wakaf Satu Set per  Individu atau Organisasi

2.      RM 70   - Wakaf Satu Jilid  ( Perkongsian 7 orang per Set )

3.      RM 10  - Wakaf Satu Bahagian Buku ( Perkongsian 7 orang per Jilid )

Monday, 13 February 2012

Salam 2012

Salam,
Alhamdulillah kini kita telah melangkah ke tahun baru masihi 2012.

Mangievera Unique tahun ini akan terus mengorak langkah menganjurkan program wakaf dengan lebih giat untuk memberi peluang kepada org ramai membuat amal jariah melalui sumbangan wakaf mengikut kemampuan masing-masing.

InsyaAllah untuk 2012 ini, Mangievera Unique akan menganjurkan satu lagi program wakaf terbaru yang akan bermula insyaAllah pertengahan Februari ini.

Semoga usaha kami yang tidak seberapa ini dapat membantu mengimarahkan budaya wakaf dikalangan orang islam, InsyaAllah.

Wednesday, 10 August 2011

Wakaf Al-Quran Braille



Alhamdulillah, pada 1 ogos 2011 yang bersamaan dengan hari pertama ramadhan, Mangievera Unique Enterprise telah pun memulakan usaha mencari penaja untuk wakaf Al-Quran Braille.

Sehingga Jumaat 05/08/2011, Mangievera Unique Enterprise telah berjaya mengumpul dana yang mencukupi untuk mewakafkan 10 Set Al-Quran Braille hasil sumbangan guru-guru sekitar kawasan Bagan Datoh, Perak.

InsyaAllah, Mangievera Unique Enterprise akan berusaha lebih gigih untuk menambah jumlah Al-Quran Braille untuk program ini.

Usahasama dengan Persatuan Braille Malaysia

Salam.

Alhamdulillah, kini Mangievera Unique Enterprise melangkah setapak lagi kehadapan dengan menjalinkan usahasama dengan  Persatuan Braille Malaysia untuk mencari dana bagi menghasil dan seterusnya mewakafkan AL-QURAN BRAILLE kepada OKU penglihatan seluruh Malaysia.

Persatuan Braille Malaysia ( No. Pendaftaran 1757 ) yang beralamat di No. 134C, Jalan 1/50A, Gombak Batu Tiga, 53000, Kuala Lumpur, kini memerlukan lebih kurang 13,000 set AL-QURAN BRAILLE untuk diagihkan kepada OKU penglihatan yang memerlukan.

Melalui kerjasama ini, Mangievera Unique Enterprise akan turun padang bertemu orang ramai bagi mencari penaja atau penyumbang untuk mewakafkan Al-Quran Braille ini. Mangievera Unique Enterprise menggunakan kaedah jualan wakaf iaitu menjual kepada individu, dan seterusnya individu tersebut menyerahkan semula kepada Persatuan Braille untuk diwakafkan kepada OKU yang memerlukan Al-Quran tersebut.

Semoga usaha kami yang tidak seberapa ini dapat membantu sedikit sebanyak keperluan Persatuan Braille Malaysia untuk menghasil dan mengagihkan Al-Quran Braille ini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini, atau ingin menaja Al-Quran Braille bolehlah menghubungi Mangievera Unique Enterprise di talian 012-919 2636

Update sehingga 08/07/2011

Salam,
Berikut adalah senarai sekolah yang menerima agihan wakaf buku terjemahan hadis dari 22/ 7/ 2011 hingga 8/ 7/ 2011:

1. S.A.B.K Al- Yahyawiah, Padang Rengas
2. S.K Sultan Abdullah, Changkat Jering
3. S.K Dato' Panglima Bukit Gantang, Changkat Jering
4. S.K Sungai Lampam, Chikus
5. S.M.K Sungai Manik, Teluk Intan
6. Maahad Al-Islah, Teluk Intan
7. S.K Chikus, Langkap