Assalamualaikum

Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.
Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.
Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku-buku atau naskah Al-quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.
Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.
Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.

Terima kasih


Saturday 19 March 2011

Terjemahan Hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim


Buku Terjemahan Hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim ini adalah buku yang menghimpunkan hampir kesemua Hadis-Hadis Shahih dari riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim yang sebelum ini diterbitkan dalam 4 jilid yang berlainan.

Secara keseluruhan, terdapat sejumlah 2,028 Hadis di dalam buku Shahih Bukhari, manakala sejumlah 2,521 Hadis dimuatkan di dalam buku Shahih Muslim.
Hadis-Hadis yang dihimpunkan di dalam buku ini telah dibahagikan mengikut kategori atau bab untuk memudahkan para pembaca. Bab- bab yang terdapat di dalam buku ini pula meliputi keseluruhan cara hidup kita sebagai orang Islam antaranya;
    Iman, Thaharah ( suci ), Haid, Solat, Jenazah, Zakat, Puasa, Haji dan      Umrah, Nikah, Talak,  Jual beli, Pertanian, Riba, Faraid, Nazar, Sumpah, Pengadilan, Peperangan, Pemerintahan, Sembelihan, Minuman, Adab makan minum, Pakaian dan perhiasan serta banyak lagi.

Buku ini sangat wajar dimiliki oleh semua umat Islam sebagai rujukan dan panduan seisi keluarga. Sesungguhnya Nabi Muhammad telah meninggalkan kita Al-Quran dan Hadis sebagai mukjizat yang tak ternilai harganya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memilik buku ini sila hubungi Mangievera Unique Enterprise melalui e-mail atau telefon.

Harga yang ditetapkan adalah RM120.00 untuk satu set termasuk kos penghantaran.

Jika anda berminat untuk menaja buku ini untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti sekolah, maahad tahfiz, rumah anak yatim, masjid dan sebagainya, anda juga boleh berhubung dengan Mangievera Unique Enterprise.

Terima kasih, Wassalam
 
 

No comments:

Post a Comment