Assalamualaikum

Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.
Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.
Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku-buku atau naskah Al-quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.
Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.
Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.

Terima kasih


Tuesday 8 March 2011

Aktiviti 2010

Assalamualaikum,

Pada tahun 2010, Mangievera Unique telah menjalankan projek wakaf buku ini di Johor dan Melaka untuk menilai sambutan dan penerimaan orang ramai tentang program ini. Alhamdulillah sambutan yang diberikan cukup hebat dan hasilnya dalam tempoh 4 bulan, kami berjaya mewakafkan lebih 400 naskah terjemahan al-quran kepada sekolah-sekolah, maahad tahfiz, rumah anak-anak yatim serta masjid-masjid.

Satu set buku pelbagai tajuk juga telah diwakafkan untuk sudut bacaan di sebuah maahad tahfiz.

Berikut adalah antara gambar-gambar penyerahan wakaf buku dan tafsir al-quran untuk tahun 2010;


Penyerahan wakaf mini library untuk Madrasah Tahfiz Al-Quran Rahbaniah kepada Ustaz Ahmad Syauqi Bin Ahmad

Penyerahan wakaf buku kepada pengetua Sek Men Agama Ad-Diniah Pt Subari


Penyerahan Tafsir Al-Quran kepada Sek. Agama Parit Sulong Mukim 18 yang diwakili oleh Ustaz Fadzlan
Penyerahan Tafsir Al-Quran kepada pihak Sekolah Menengah Agama At-Tarbiah Al-islamiah, Batu pahat melalui Pengetua,Ustaz Nor Azam 






No comments:

Post a Comment