Assalamualaikum
Selamat datang ke laman blog Mangievera Unique Enterprise.
Melalui laman blog ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan syarikat kami yang menjalankan perniagaan yang mengutamakan konsep amal jariah sesama umat islam.
Aktiviti utama Mangievera Unique Enterprise adalah menjual buku-buku atau naskah Al-quran untuk diwakafkan kepada institusi-institusi yang memerlukan seperti Sekolah,Maahad Tahfiz,Rumah Anak-Anak Yatim,Masjid,Surau dan sebagainya.
Melalui konsep ini, orang ramai boleh membeli buku-buku yang dijual dan pihak syarikat akan menghantar buku-buku yang telah dibeli untuk diwakafkan kepada institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Dalam erti kata yang lain, Mangievera Unique Enterprise mencari individu yang ingin menaja buku-buku tersebut untuk diwakafkan.
Dalam masa yang sama, sebahagian dari keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan digunakan untuk mewujudkan sudut bacaan berupa sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku agama, motivasi dan lain-lain yang akan diwakafkan ke maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Mangievera Unique Enterprise mengalu-alukan sokongan serta komen dari anda.
Terima kasih

Sunday, 26 February 2012
Penyerahan Wakaf Buku Kepada Rumah Amal Haruman Kasih
Bismillahirrahmanirrahim....
Syukur Alhamdulillah set pertama Ensiklopedia Informatif Dunia Islam telah diwakafkan kepada Rumah Amal Haruman Kasih, Ayer Tawar Perak. Rumah Amal Haruman Kasih ini menempatkan lebih 20 orang anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin.
Beikut adalah senarai pewakaf 1 set Ensiklopedia ini :
1. Harlina bt Haris, 2. Anizah bt Yusof, 3. Guru & Kakitangan SK Methodist ( ACS ) Lumut, 4. Faridah bt Mohamad, 5. Irni Muzanda Osman, 6. Nurul Shuhadah M. Nasir, 7. Hj Hassan Aghare b Hj Mohd Nor, 8. Hjh Jamilah bt Mat Akhir, 9. Hj Mohd Nor b Hj Mokhtar, 10. Hjh Salamiah bt Hj Basri, 11. Noorul Amilin bt Omar, 12. Aida Zarina bt Zafri Ali, 13. Norsyahida bt Ahmad Ramli, 14. Normazlan b Md Raja, 15. Norlaila bt Ismail, 16. Zarihan bt Ghazali, 17. Salawati bt Mohamed Shukor, 18. Allahyarham Abd Karim b Pandak Abdullah, 19. Allahyarhamah Fatimah bt Mat Din, 20. Ismail b Abd Karim, 21. Allahyarham Zainal Abidin b Hj Ali, 22. Allahyarhamah Sapiah bt Saudin, 23. Nor Azlita bt Abdullah @ Ghazali, 24. Norashikin Osman, 25. Madiina bt Muhamad, 26. Hamidah bt Hamid, 27. Nurshuhada bt Abd Samad, 28. Murtakiah bt Hj Abd Kadir, 29. Allahyarham Hj Abd Kadir b Hj Salleh, 30. Allahyarhamah Hjh Marsonah bt Mokmin, 31. Muzaini bt Muhamad, 32. Zakaria b Abdul Rahman, 33. Hamimah bt Suar, 34. Rosaini bt Ismail, 35. Siti Hajjar bt Mat Zain, 36. Rasidah bt Abd Wahab, 37. Md. Syahidi b Awang, 38. Norashikin bt Hj Ahmad, 39. Guru & Kakitangan SK Seri Samudera, 40. Hamba Allah, 41. Faizah, 42. Rosni, 43. Siti Mariam Abdul Kudus, 44. Daniel Farid b Faizal, 45. Zainal Hisham b Zainal Abidin, 46. Marzuki b Mohd Saman, 47. Shahidan b Ahmad, 48. Shamiza bt Saad, 49. Faiza bt Ahmad Phuat, 50. Allahyarham Kamarudin b Pillay, 51. Allahyarhamah Sabaah bt Hj Yahya, 52. Mohd Hairy b Mohd Changgong, 53. Rohazizah.
Terima kasih dan semoga Allah menerima amal jariah mereka semua, amin....
Program Wakaf Terbaru - Wakaf Buku Untuk Maahad Tahfiz dan Rumah Anak Yatim
Tajuk Buku: Ensiklopedia Informatif Dunia Islam ( 10 Jilid )
Assalamualaikum warahmatullah..
Tuan-Tuan dan Puan- Puan yang dirahmati Allah sekelian dijemput untuk menyertai PROGRAM WAKAF BUKU yang kami anjurkan ini.
PROGRAM WAKAF BUKU ini kami anjurkan kerana:
· Kurangnya bahan-bahan bacaan ilmiah bermutu untuk bacaan pelajar-pelajar tahfiz atau penghuni rumah anak yatim.
· Majoriti Maahad Tahfiz dan Rumah Anak Yatim, tidak mampu membeli sendiri buku-buku seperti ini.
· Memberi peluang kepada orang ramai membuat amal jariah
Kami menyediakan 3 pilihan bayaran kepada anda untuk menyertai program wakaf ini:
1. RM 700 – Wakaf Satu Set per Individu atau Organisasi
2. RM 70 - Wakaf Satu Jilid ( Perkongsian 7 orang per Set )
3. RM 10 - Wakaf Satu Bahagian Buku ( Perkongsian 7 orang per Jilid )
Monday, 13 February 2012
Salam 2012
Salam,
Alhamdulillah kini kita telah melangkah ke tahun baru masihi 2012.
Mangievera Unique tahun ini akan terus mengorak langkah menganjurkan program wakaf dengan lebih giat untuk memberi peluang kepada org ramai membuat amal jariah melalui sumbangan wakaf mengikut kemampuan masing-masing.
InsyaAllah untuk 2012 ini, Mangievera Unique akan menganjurkan satu lagi program wakaf terbaru yang akan bermula insyaAllah pertengahan Februari ini.
Semoga usaha kami yang tidak seberapa ini dapat membantu mengimarahkan budaya wakaf dikalangan orang islam, InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)